Wednesday, August 29, 2018

PENERANGAN KAWASAN BELAGA

KAWASAN BELAGA






PENGAJIAN MALAYSIA




PROGRAM : DUB1012 PENGAJIAN MALAYSIA

TAJUK E-FOLIO : KAWASAN BELAGA

NAMA PENSYARAH : PUAN NURIZAN BINTI SAURY

SESI : JUN 2018

KELAS : DKM1D

JABATAN : KEJURUTERAAN MEKANIKAL







NAMA AHLI KUMPULAN          NO PENDAFTARAN

ROWZIAN HAVIT HEMANG       05DKM18F1121

JASON ANAK DUSIT                    05DKM18F1110
JOICSON MILET ANAK JIMMY  05DKM18F1106



PENGHARAGAAN


Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Nurizan Binti Saury, Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia (DUB 1012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna





PENGENALAN




Belaga terletak di pedalaman Sarawak, Malaysia. Belaga terletak di Hulu Rajang, Bahagian, dan merupakan sebuah daerah yang luas dengan keluasan 19,403.27 km per segi, dan terletak jauh di pedalaman Negeri Sarawak. Daerah Belaga merupakan daerah yang kebanyakan diduduki oleh masyarakat Orang Ulu, seperti suku kaum Kenyah, Kayan, Penan, Punan, Sihan, Kajang, Ukit, Beketan dan Tanjung. Empangan Bakun terletak di utara daerah ini.Daerah Belaga bersempadanan dengan Daerah Baram, Bintulu, Tatau dan Kapit, dan dengan Kalimantan Tengah, Indonesia. Banjaran Iran adalah merupakan garisan sempadan semulajadi yang memisahkan Daerah Belaga dengan Kalimantan Tengah.
Daerah Belaga dihampari oleh kawasan dataran tanah tinggi ( kebanyakan melebihi 4,000 kaki dari paras laut ) dan kawasan lembangan-lembangan sungai. Sungai-sungai utama yang terdapat di Daerah Belaga adalah seperti Sungai Balui (kawasan Hulu Sungai Rajang) Sungai Linau, Sungai Plieran dan Sungai Belaga.Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan N.57, Belaga,ialah YB. Encik Liwan Lagang. Beliau merupakan bekas Guru Besar SRK Long Panggai Belaga dan bekas Pegawai Pendidikan Daerah Belaga.


KEHIDUPAN DI BELAGA




Rumah panjang, yang menjadi simbol kehidupan masyarakat di Sarawak, di beberapa kawasan pedalaman kini sudah jauh berbeza dan lebih moden berbanding dahulu.Hasil pembangunan dan keprihatian kerajaan, senario kehidupan masyarakat rumah panjang di pedalaman juga lebih baik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas serta akses pendidikan.Rumah-rumah panjang yang dihuni komuniti Orang Ulu kini mudah ditujui dan mempunyai kemudahan infrastruktur awam termasuk akses kepada perubatan, pendidikan dan jalan raya.Di Belaga terdapat 15 buah rumah panjang telah dipindahkan ke penempatan semula di kawasan Sg.Asap.Antara rumah-rumah panjang tersebut ialah Uma Kulit, Uma Belun, Uma Daro, Uma Nyaving, Uma Kelap, Uma Lahanan, Uma Bawang, Uma Balui Liko, Uma Balui Ukap, Uma Bakah, Uma Penan, Uma Badeng, Uma Juman, Uma Lesong, Uma Ukit.Rumah-rumah panjang tersebut dipindahkan berikutan projek pembinaan Empangan Bakun pada 1998 dan 1999.Empangan ini merupakan empangan terbesar di Asia Tenggara dan yang kedua tertinggi di dunia.Pembinaan empangan ini telah banyak memberi kelebihan kepada penduduk Belaga dan kualiti kehidupan yang dinikmati sekarang ternyata lebih baik, berbanding dengan apa yang terpaksa dilalui oleh penduduk ketika mendiami rumah panjang di Hulu Balui sebelum ini.Penduduk di Belaga kebanyakannya menganut agama Kristian, dan ada lagi segelintir kecil masih lagi mengamalkan agama animisme ataupun lebih dikenali Bungan oleh masyarakat di Belaga.

 KEMUDAHAN DI BELAGA 
                 Seperti yang kita tahu sekarang kehidupan di kampung sekarang  sudah banyak    kemuduhan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada rayat di pendalaman.Begitu juga dengan Belaga yang tidak ketinggalan oleh keperhatinan kerajaan Malaysia.Antara kemudahan-kumudahan yang terdapat di Belaga ialah seperti:
  • JALAN RAYA




Jika dahulu masyarakat Belaga terpaksa mengeluarkan belanja ribuan ringgit untuk menyewa bot dan membeli bahan bakar sekiranya hendak ke pekan Belaga untuk mendapatkan rawatan di klinik, kini mereka tidak perlu lagi berbuat demikian.Ini disebabkan oleh kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan kepada masyarakat Belaga.Kini kemudahan jalan di Belaga telah merangkumi sebanyak kira-kira 70%.Hal ini telah memudahkan pergerakan masyarakat di Belaga dan menjimatkan masa pergerakan mereka.


  • HIDRO ELEKTRIK




    

Empangan Hidro Elektrik Bakun (Empangan Bakun) yang telah beroperasi hampir sepenuhnya pada masa ini telah menjanjikan 1,001 peluang untuk penduduk setempat terutamanya dari Skim Penempatan Semula Sungai Asap melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan ekonomi.Ibarat magnet kepada pembangunan, kewujudan empangan Bakun telah mengubah kehidupan masyarakat Orang Ulu dan Penan yang sebelum ini dibelenggu kemiskinan.Selain projek-projek pertanian di kawasan sekitarnya, empangan berkenaan juga mempelbagaikan sumber ekonomi penduduk melalui industri pelancongan.Empangan Bakun juga telah menjadi tarikan utama pelancong asing memandangkan ia dikelilingi oleh landskap yang cukup menarik dengan pelbagaian biodiversiti.Hal ini sekaligus membantu dalam meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran mata wang asing.
  • KLINIK KESIHATAN




Rakyat Belaga amat menghargai usaha-usaha kerajaan untuk terus melihat kepada pembangunan di Belaga dari segi semua penjuru.Dengan beroperasinya Klinik Kesihatan Belaga ini, rakyat Belaga boleh menikmati satu lagi kemudahan kesihatan yang lebih baik. Rakyat Belaga mengharapkan agar sekurangnya seorang Doktor ditempatkan di Klinik baru ini untuk memudahkan penduduk Belaga mendapat perkhidmatan kesihatan dengan masa dan kos yang lebih jimat.Sementara itu juga, pertambahan pegawai kesihatan di Belaga juga mungkin diperlukan dari masa ke semasa kerana pertambahan penduduk saban tahun. Semoga dengan usaha-usaha kerajaan ini, rakyat Belaga akan terus memberi sokongan dan mandat kepada kerajaan untuk terus memajukan daerah Belaga pada masa akan datang. Rakyat Belaga akan terus menghargai usaha-usaha ini.Perlaksanaan segera rancangan-rancangan yang telah dijanjikan di Belaga perlulah disegerakan oleh pihak PELAKSANA.


  • SEKOLAH



Semenjak terdapat kemudahan seperti jalan raya di Belaga sekolah-sekolah telah dibina dan ini dapat memberi peluang kepada anak-anak muda untuk menimba ilmu.Terdapat 2 buah sekolah menengah di Belaga iaitu Smk Belaga, Smk Bakun dan 11 buah sekolah rendah iaitu Sk Batu Keling, Sk Long Gang, Sk Uma Sambop, Sk Airport, Sk Ambun Matu, SK Lusong Laku, Sk Long Busang, Sk Ng Telawan, Sk Long Urun, Sk Segaham, Sk Punan Ba.Pembinaan sekolah-sekolah yang banyak ini jugak telah menyenangkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah, ini disebabkan kerana sekolah-sekolah yang terdapat di Belaga juga telah menyediakan kemudahan asrama dan telah menarik banyak minat anak muda untuk menimba ilmu.Ini adalah sesuai dengan wawasan 2020 yang menekankan tentang pendidikan bagi mengurangkan kadar buta huruf di Malaysia.Hal ini juga turut membantu melahirkan masyarakat yang celik dengan ilmu pengetahuan.
       




  KAUM DAN ETNIK DI BELAGA


Seperti yang kita tahu,di sarawak mempunyai banyak etnik dan kaum yang saling bersatu padu.walaupun begitu,hal ini tidak menjejaskan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum di Sarawak.Hal ini justeru mampu melahirkan masyarakat yang saling tolong-menolong walaupun berbeza agama dan bangsa.Begitu keadaannya di kawasa belaga dimana penduduknya saling bersatu hati dan tolong-menolong walaupun berbeza agama,bangsa dan budaya.Antara etnik dan kaun yang terdapat dibelaga ialah :



  • KAYAN





    Kayan merupakan kaum yang tinggal di kawasan hulu Sungai Rejang serta Sungai Baram di Borneo. Mereka dikategorikan sebagai sebahagian dari orang UluKaum Kayan mendiami tebing-tebing sungai dengan mendirikan rumah-rumah panjang. Aktiviti yang dilakukan untuk menyara hidup mereka ialah bercucuk tanam, menanam padi sawah, memungut hasil hutan dan menangkap ikan di sungai. Mereka dikategorikan ke dalam golonga Orang Ulu kerana tinggal di kawasan hulu sungai. Budaya mereka agak serupa dengan kaum Kenyah namun berbeza bahasa.Setiap rumah panjang kaum Kayan yang terdapat di belaga, bahasa mereka agak lain dan nada pertuturan juga agak berbeza antara satu dengan yang lain.Kajian sarjana seperti Prentice D.J. (1971) dan lain-lain mengesani bahawa bahasa Kayan memiliki persamaan dengan bahasa Lun Bawang, Kenyah, Kelabit, Tagel dan Tabun sebelum bahasa-bahasa tersebut membentuk ciri-ciri tersendiri. Meskipun wujud beberapa perbezaan dari segi perbendaharaan kata, tetapi kebanyakan merupakan variasi sahaja.Kaum Kayan merupakan masyarakat yang percaya kepada kepercayaan animisme(ADAT APAU LAGAN DAN BUNGAN) di mana mereka percaya bahawa semua yang ada disisi mereka mempunyai roh yang sendiri. Masyarakat asli Kayan amat percaya kepada tanda-tanda alam, di mana setiap keanehan alam akan memberi makna atau maksud. Kehidupan harian masyarakat asli Kenyah secara amnya di tentukan oleh kepercayaan tersebut.Tetapi sejak datangnya mubalih-mubalih Kristian dan menyebar agama Kristian pada mereka, kepercayaan ini tidak lagi di pegang kerana ianya amat susah diikuti, banyak pantang larang berbanding agama Kristen. Pada masa sekarang majoriti masyarakat moden Kayan kebanyakkan beragama Kristian.

Antara bahasa kaum Kayan di belaga:
Sayu Jihima- selamat pagiSayu Ngedou- selamat tengahari
Sayu Levi-selamat petang
Sayu Malem- selamat malam
Nun Dengah- apa khabar
Akui -saya
Ika -awak
Nyalam- sayang
Liveng/kawah- rindu
Sayu- baik
Jan-tak
Marong-betul
Jam-tau
Ouk tua-sikit saja
Kuman-makan
Ikem-suka
Dwi-Minum
Kanen-nasi
Jinun- tak ada
Musang-keluar
Nun Nun Tua- apa apa saja
Duya- tidak mahu
Ngenep- mau
Aik- ya
Duh-mandi
Pano-jalan-jalan
Tudu-tidur
Maol-bagun tidur
Negkering-berdiri

Melok-duduk

  •   KENYAH 






      Kaum Kenyah ialah salah satu kaum besar orang asli (Bumiputera) yang mendiami di kawasan pedalaman daerah Baram dan Belaga di Sarawak, Malaysia serta di Kalimantan, Indonesia. Kini kaum Kenyah terdiri daripada sub-kaum kecil seperti Kenyah Jamok, Kenyah Badeng, Kayan, , Lepo' Tau, Lepo' Maut, Uma' Bakah, Lepo' Kulit, Kenyah Sambob, Penan dan sebagainya. Kaum Kayan dan Penan pada asalnya merupakan sub-kaum Kenyah berdasarkan sejarah nenek moyang iaitu Lenjau Suuh + Bawe'. Berikut adalah Nenek Moyang Kaum Kenyah.KaumKenyah merupakan masyarakat yang percaya kepada kepercayaan animisme (ADAT APAU LAGAN DAN BUNGAN) di mana mereka percaya bahawa semua yang ada disisi mereka mempunyai roh yang sendiri. Masyarakat asli Kenyah amat percaya kepada tanda-tanda alam, di mana setiap keanehan alam akan memberi makna atau maksud. Kehidupan harian masyarakat asli Kenyah secara amnya di tentukan oleh kepercayaan tersebut.Tetapi sejak datangnya mubalih-mubalih Kristian dan menyebar agama Kristian pada mereka, kepercayaan ini tidak lagi di pegang kerana ianya amat susah diikuti, banyak pantang larang berbanding agama Kristen. Pada masa sekarang majoriti masyarakat moden Kenyah kebanyakkan beragama Kristian.Setiap rumah panjang kaum Kenyah yang terdapat di belaga, bahasa mereka agak lain dan nada pertuturan juga agak berbeza antara satu dengan yang lain.




Antara Bahasa Kaum Kenyah Di Belaga:

Oman-Makan
Aak-Ya
Ngerungun-Mengantuk
Lundok-Tidur
Inu-Apa
Kiut-Pinggan
Amai-Bapa
Taun-Tidak Ada

  • UKIT


     Kaum Ukit merupakan sebuah suku kaum yang ditemui di Sarawak, Malaysia. Mereka merupakan masyarakat minoriti kecil yang tinggal pendalaman Belaga yang terletak di Sg, Asap Belaga. Terdapat juga di kalangan mereka yang menetap di Batang Balui atau Sungau Balui. Kebanyakan masyarakat Ukit boleh ditemui di Sungai Rajom dan Sungai Tatau di Baleh, Sarawak. Orang Ukit juga dianggap sebagai sub-kumpulan Kalimantan.Populasi orang Ukit adalah kecil dan mengalami kepupusan disebabkan ramai yang dibunuh suatu masa dahulu. Kekalahan besar melalui perang dengan suku kaum Dayak di Borneo (termasuklah Iban, Kayan dan sebagainya) telah menyebabkan mereka telah dihalau keluar dari tanah mereka (dipercayai di bahagianSaribas, Klaka danKrian). Perkahwinan campur dengan suku kaum lain juga dipercayai punca penurunan populasi Ukit. Hari ini, populasi Ukit dipercayai sekitar 300 orang sahaja. Walau bagaimanapun, dipercayai masih terdapat jumlah Ukit yang tidak diketahui yang hidup.Kaum Ukit dahulu jugak mengamalkan agama animisme disebabkan datangnya mubalih-mubalih Kristian dan menyebar agama Kristian pada mereka, kepercayaan ini tidak lagi di pegang kerana ianya amat susah diikuti, banyak pantang larang berbanding agama Kristen. Pada masa sekarang majoriti masyarakat moden Ukit kebanyakkan beragama Kristian.

Antara Bahasa Kaum Ukit Di Belaga:

Kuman-Makan
Nuro-Mengantuk
Turui-Tidur
Amak-Bapa
Nyaan Dok Pun-Tidak ada
Pigen-Pinggan



  • PENAN


 Kaum Penan hidup dalam keadaan berpindah randah atau sebahagian menetap di rumah-rumah panjang. Mereka amat bergantung hidup dengan mencari makanan, minuman, ubat-ubatan dan pakaian dari dalam hutan. Haiwan fauna dan flora menjadi sumber rezeki mereka setiap hari.Rumah mereka hanya pondok yang tidak mempunyai lantai simen atau papan, mereka hanya berlantaikan kayu bulat, buluh, malah tanah sahaja dan banyak yang tidak mempunyai tandas dan sebagainya. Tidak kurang juga antara rumah yang dibina di kawasan yang tidak sesuai dan terlalu panas.Tetapi semenjak kemodenan dunia sekarang, kerajaan telah membina rumah-rumah yang cantik dan bagus kepada kaum Penan, ini desebabkan keperihatinan kerajaan terhadap mereka.Kaum Penan banyak yang tinggal di kawasan hulu Sungai Rejang serta Sungai Baram di Borneo.Kebanyakkan kaum Penan di Belaga masih banyak mengamalkan agama animisme(ADAT APAU LAGAN ATAU BUNGAN).

Antara Bahasa Kaum Penan Di Belaga:

Nu Denga Nu-Apa khabar kamu
Nu Ngaro No-Siapa Nama Kamu
Piro Umun No-Berapakah Umur Kamu
Koman-Makan
Meturui-Tidur
Payuow-Rusa


  KEGIATAN EKONOMI DI BELAGA
      

        Seperti yang kita tahu di Malaysia kegiatan ekonomi amat menyumbang kepada pembangunan negara untuk mencapai satu kejayaan pada masa akan datang.Selain ini masyarakat pendalam juga tidak ketinggalan dalam kegiatan ekonomi.Disini kami akan menceritakan kegiatan ekonomi masyarakat Belaga.Di Belaga kegiatan ekonomi dilakukan untuk meyara hidup. Contoh kegiatan yang dilakukan ialah seperti menanam padi huma di sekitar rumah mereka, memburu, menternak ayam, membuat kraftangan dan sebagainya. Penanaman padi huma tidak memerlukan sistem saliran dan boleh ditanam di kawasan yang berbukit-bukau. Kawasan di sekeliling rumah panjang mereka dikhaskan untuk menanam padi huma. Kawasan ini dibahagikan antara keluarga yang tinggal di rumah panjang.Kegiatan berburu dan memungut hasil hutan juga dijalankan oleh masyarakat Belaga yang menduduki kawasan pedalaman Sarawak. Hasil-hasil hutan adalah seperti jelutung, dammar, dan rotan. Mereka akan menukar hasil hutan ini dengan barang keperluan harian termasuk beras dan garam.Masyarakat Belaga yang banyak melibatkan diri dalam kegiatan pertanian ini juga giat menanam jagung, ubi kayu dan tembakau. Sekitar tahun 70-80an masyarakat Belaga sering terlibat dalam rusuhan terhadap projek balak yang memusnahkan hutan mereka. Penentangan itu menandakan adanya kesedaran yang tinggi dalam kalangan bangsa peribumi di Sarawak. Namun penentangan mereka tidak mendapat perhatian masyarakat luar, malah selalu disalahtafsirkan sebagai pengganggu rancangan ke arah kemajuan. Padahal masyarakat Belaga dan beberapa bangsa peribumi lain di Sarawak pada waktu itu menentang kerana mereka ingin memelihara hutan yang sekian lama menjadi tempat dan sumber kehidupan mereka.Antara contoh-contoh gambar kegiatan ekonomi di Belaga:



  • MENANAM PADI HUMA

  • MEMBURU

  • MEMBUAT KRAF TANGAN

  • PENTERNAKAN



    KESIMPULAN

     Kesimpulanya, ialah Malaysia bertuah kerana mempunyai tempat yang menarik seperti tempat semulajadi flora,fauna dan tempat yang menarik untuk  dilawati.Antara tempat yang menarik tersebut ialah seperti di Belaga yang mempunyai banyak tempat yang unik untuk dilawati oleh pelancong luar negara.Seterusnya, Belaga juga mempunyai masyarakat yang berbilang kaum,walaupun Belaga mempunyai masyarakat yang berbilang penduduk tetapi mereka menerapkan nilai saling hormat-menghormati antara satu sama yang lain.Selain itu,Belaga jugak tidak ketinggalan dari segi kemudahan-kemudahan yang berada di bandar-bandar besar seperti jalan raya, klinik,sekolah, dan Belaga juga merupakan sebuah kawasan yang mempunyai empangan yang terbesar di Asia Tenggara iaitu empangan Bakun.Akhir sekali,kami amat berharap Belaga menjadi tempat pelancongan terbaik yang ada di Malaysia pada masa-masa akan datang.


Ini ialah sebuah video pemandagan sebuah kampung yang berada di BELAGA:




SUMBER:
  1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Belaga
  2. https://www.youtube.com/watch?v=oAC7xDK19h0
  3. WhatsApp-Group Belaga
  4. Penduduk Belaga

PENERANGAN KAWASAN BELAGA

KAWASAN BELAGA PENGAJIAN MALAYSIA PROGRAM : DUB1012 PENGAJIAN MALAYSIA TAJUK E-FOLIO : KA...